Monday 7 December 2009

'KhAzAnAh IbUnDa...'


Pasti anda semua pernah mendengar ayat ini;
"Bahasa menunjukkan identiti"
"Bahasa melambangkan bangsa"
"Bahasa melambangkan jati diri"

Jika ya, kenapa era kini semakin ramai yg tidak menggunakan bahasa ibunda masing2 dengan sempurna???
Berbanggalah dengan bahasa kita masing2..
Orang Melayu dgn bahasa Melayu..
Orang India dgn bahasa Tamil..
Orang Cina dgn bahasa Mandarin..
dan yg lain2 dgn bahasa istimewa mereka sendiri...
Dan kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dgn bahasa rasmi kita..
iaitu Bahasa Malaysia!!!

Tapi, kita boleh lihat senario hari ini..
Ramai yg lebih mengagungkan bahasa Barat...
(Di sini saya bukan hendak mengulas mengenai 'PPSMI'..)
Kebanyakan mereka ini terdiri dalam kalangan orang Melayu dan India..
Mereka lebih suka berinteraksi sesama mereka dalam bahasa Inggeris..
Saya tidak mengatakan ia salah..!
Tetapi, kenapa tidak kita berinteraksi dalam bahasa ibunda kita sendiri..???

Saya pernah berhadapan dgn situasi ini..
Ketika saya berada dalam sebuah lif, ada sekumpulan anak muda India..
Mereka menggunakan bahasa 'rojak'!
Tamil digabungkan dengan bahasa Inggeris..
Ini bukan saja merosakkan bahasa,
Malah mencacatkan identiti mereka sendiri!!!
Jadi pertuturan mereka sangat teruk!

Saya juga pernah berada dalam lif yg ada tiga orang mak cik..
Masing2 Melayu, Cina dan India..
Mereka berbual2 dgn bahasa Malaysia,
saya amat kagum dgn sikap mereka yg tidak mengira bangsa apabila berbual..!!
Mereka kelihatan cukup mesra!
Secara tidak langsung,
inilah yg dikatakan 'Perpaduan' yg ada di Malaysia!

Berbeza sekali dgn orang Cina..
Jarang sekali saya mendengar mereka berinteraksi sesama mereka dalam bahasa selain bahasa ibunda mereka...
Kelihatan mereka sangat berbangga dengan bahasa mereka!!!
Contohilah mereka jika kita ingin memartabatkan bahasa Ibunda kita...

Tidakkah anda kagum bahasa Ibunda kita masih kedengaran walaupun kita berada di luar negara??
Tidakkah kita berasa bangga apabila orang lain ingin mempelajari bahasa kita??
Oleh itu, berbangga dgn bahasa Ibunda masing2...
Jangan 'kubur'kan bahasa agung kita..!

Ingatlah;
Bahasa adalah 'Khazanah Ibunda' kita yg sangat ternilai..!!!
Hilang Bahasa, Hancurlah Bangsa!!!

'Salam Perpaduan'

Thursday 3 December 2009

PeNgEnALaN...



Persatuan Minachi Rafie (PMR)
ditubuhkan pada pertengahan tahun 2005 secara persendirian dan diketuai oleh saudara Encik Muhammad Rafieudin bin Zainal Rasid selaku 'Presiden PMR'.
PMR
semakin berkembang menjelang tahun 2006 dengan jumlah penambahan ahli yang semakin ramai! Sehingga kini keahlian PMR semakin bertambah dari semasa ke semasa dan juga keahlian dari bangsa lain juga amat menggalakkan sehingga mencetuskan idea saya untuk menubuhkan blog ini agar mudah ahli-ahli memberi pandangan, kritikan membina, cadangan atau apa saja yang boleh memantapkan lagi persatuan ini...!

Matlamat Penubuhan
M
atlamat utamanya ialah untuk menyatupadukan perpaduan dalam kalangan masyarakat bukan di Malaysia saja malah seantero dunia...!


Keahlian
Lebih
dikhususkan kepada wanita yang berketurunan India tetapi keahlian dari bangsa lain juga amat digalakkan...!

Moto
Moto
persatuan ini ialah "Black is Wonderful!"

Harapan
S
emoga ahli-ahli lama PMR yang masih mengingati saya dapat menyertai blog ini dan penambahan ahli-ahli baru amat digalakkan..!